Friday 8 February 2013

Plethora Melayuku oleh Nurul Arini Junaidi

Berzaman terlena ,
Satu pelangi gemilang telah terselinap 
Antara kekabus gelap.
Menyusuli kekabusan itu,
Gemerlipan suatu cahaya
Sudah mula ia terjaga.
Setelah sekian lama,
Mendedahkan indah permutasi warnanya.

Teranglah pula kuasa cahaya
Mengisi ruang kelabu penuh curiga
Terserlah semua debu-habuk,
Menyalut ilmu yang diwariskan dari dulu.
Yang pasti,
Wujudnya satu budaya dan ilmu

Tahunya itu budaya yang berilmu
Contenglah,
Warnakanlah,
Kanvas budaya Melayu.

Ah!
Semaraklah putih, putih bersepadu,
Panji dikibarkan bangga bersama.

Suatu plethora warna, panggilan ‘tuk bersatu,
Tanggungjawab bangsa untuk terus maju.

Tradisi, ku tahu
Budaya identitiku.
Berhartakan warisan,
Bekalan masa hadapan.

Ilmu ku perkukuh
Mengangkat budaya-tradisi sepenuh
Berganding bahu dan tenaga,
Tahu dan mahu,
Pastinya,
Maju.


Nurul Arini Junaidi

0 comments :

Post a Comment